Monday, August 27, 2012

Panduan Menanam Cili Merah




                                                      Anak-Anak Cili berusia sekitar 1 bulan

Cili memerlukan penjagaan yang agak rapi kerana terdapat beberapa musuh serta penyakit yang mudah menyerang pokok cili.

Badge pertama cili saya banyak yang mati akibat penyakit daun layu serta diserang lintah bulan.

Benih yang saya gunakan dibeli di nurseri di Cheras dan di Damansara.

Cara menanam cili agak mudah.  Gunakan tanah kompos (sebaiknya dicampur tahi ayam atau kambing) serta sedikit pasir.  Saya gunakan nisbah 70% tanah & peat & 30% pasir halus.

Gali lubang sedalam kira kira 1/2 inci dan letakkan 2-3 biji benih cili.  Siram dan basahkan sedikit permukaan tanah.  Penyiraman paling ideal ialah dengan menggunakan spray air jenis "mist".  Jika boleh, letakkan teduhan untuk anak pokok kerana ditakuti hujan lebat boleh merosakkan anak pokok.

Cili akan bercambah dalam 10-14 hari.  Penyiraman sehari sekali adalah memadai semasa proses menyemai dan selepas bercambah, bolehlah siran 2 kali sehari.  Saya suka menyiram di waktu malam kerana sibuk dgn tugas di waktu siang.

So, selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment