Monday, August 27, 2012

Cara Menanam Bawang


                                                           Bawang Siam (Siamese Onion)

Penanaman bawang adalah agak senang jika dibandingkan dengan tanaman yang lain.  Ini kerana bawang mudah hidup hampir di mana sahaja asalkan terdapat cahaya.  Gambar di atas menunjukkan bawang yang telahpun bercambah setelah ditanam dalam masa 3 hari.

Saya menanam menggunakan ubi bawang, bukan dari biji benih.  Bawang Siam ini dibeli di sebuah pasaraya di Cheras.  Caranya seperti berikut;

1. Beli saja bawang dari kedai atau supermarket.. Paling baik, carilah bawang yang telah bertunas walaupun kecil tunasannya.
2. Potong di sebelas atas bawang tersebut (hiris sedikit saja untuk cepatkan percambahan).
3. Gunakan penggalak akar (root agent) jika ada dan celupkan bahagian akar.
4. Dengan menggunakan tanah kompos, benamkan bawang tadi dgn bahagian atas (tunas) hala ke atas.
5. Kemburkan tanah. Tanam seluruh bawang tadi.  Hanya tunas saja yang keluar dari atas tanah.
6. Siram sedikit bagi membasahkan permukaan tanah.  Jangan terlebih siram atau jangan biarkan air bertakong kerana ini menyebabkan bawang tadi akan rosak.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment