Sendiri Tanam (Penanaman Sayur & Pokok Di Laman Rumah)
Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat, informasi dan apa sahaja di kalangan penanam amatur mahupun profesional mengenai kegiatan penanaman di rumah terutamanya penanaman sayur. Di harap semoga dengan adanya blog sebegini dapat menyemarakkan lagi minat kita di dalam bidang bercucuk tanam seterusnya mencapai sasaran "towards greener earth". Sekian, wassallam.
Tuesday, August 28, 2012
Bawang India
Sejak Bawang Siam menjadi, saya terus giatkan usaha "pembawangan" dengan membeli bawang India pula.
Gambar atas menunjukkan bawang India saya yang ditanam terus dengan menggunakan ubi bawang.
Ubi bawang di tanam keseluruhannya di dalam tanah. Selepas beberapa hari, kelihatan tunas naik di permukaan tanah. Tanah yang digunakan 100% kompos dengan sedikit baja organik yg dibeli di nurseri (8:8:8 3 MGO + TE & HA.) Baja dan tanah saya gaulkan sekali dalam polybag sebelum menanam.
Harap harap hidup segarlah bawang ini !
Bawang Perai (Leeks)
Bawang Perai ini saya beli di sebuah supermarket di Cheras. Bawa balik, potong daun dan sebahagian atas batang langsung tanam dalam polybag.
Saya celupkan sikit root agent powder ke akarnya sebelum ditanam lebih kurang 5 inci di dalam tanah.
Saya juga gunakan tanah kompos (RM10 untuk 4 bag 7 liter) yang dibeli di nurseri berdekatan.
Dah 5 hari ditanam, dan nampaknya pokok ni macam hidup...apapun, belum cuba, belum tau kan.
So, kawan-kawan di luar sana, selamat mencuba!
Rosemary (Herb Species)
Some of my personal favourite plant....the Rosemary !!
I planted these 3 months ago using the stalk and it grows until today. The leaves are great if you decide to make BBQ or beef stew. It makes your food tastier and more aromatic..just marinate the beef with these leaves.
Planting the Rosemary is easy as 1, 2, 3 or A,B,C....
Happy Planting !
Chinese Mustard A.K.A Sawi Hong Kong
These are chinese mustard Hong Kong (Sawi Hong Kong).
I planted these about a week ago using its stalk. Bought these from a supermarket nearby.
I cut all the big old leaves and left the small leaves, stalk and new shoots behind. Using highly compost soil, I plant the stalk about 2-3 inches deep and applied some root agent powder on the roots.
So far it grows by looking into new shoots coming out from the stalk. Hopefully, I can harvest these plants in 1 or 2 months time !
Ciou...ciou ....Ciou !
Monday, August 27, 2012
Panduan Menanam Cili Merah
Anak-Anak Cili berusia sekitar 1 bulan
Cili memerlukan penjagaan yang agak rapi kerana terdapat beberapa musuh serta penyakit yang mudah menyerang pokok cili.
Badge pertama cili saya banyak yang mati akibat penyakit daun layu serta diserang lintah bulan.
Benih yang saya gunakan dibeli di nurseri di Cheras dan di Damansara.
Cara menanam cili agak mudah. Gunakan tanah kompos (sebaiknya dicampur tahi ayam atau kambing) serta sedikit pasir. Saya gunakan nisbah 70% tanah & peat & 30% pasir halus.
Gali lubang sedalam kira kira 1/2 inci dan letakkan 2-3 biji benih cili. Siram dan basahkan sedikit permukaan tanah. Penyiraman paling ideal ialah dengan menggunakan spray air jenis "mist". Jika boleh, letakkan teduhan untuk anak pokok kerana ditakuti hujan lebat boleh merosakkan anak pokok.
Cili akan bercambah dalam 10-14 hari. Penyiraman sehari sekali adalah memadai semasa proses menyemai dan selepas bercambah, bolehlah siran 2 kali sehari. Saya suka menyiram di waktu malam kerana sibuk dgn tugas di waktu siang.
So, selamat mencuba !
Cara Menanam Bawang
Bawang Siam (Siamese Onion)
Penanaman bawang adalah agak senang jika dibandingkan dengan tanaman yang lain. Ini kerana bawang mudah hidup hampir di mana sahaja asalkan terdapat cahaya. Gambar di atas menunjukkan bawang yang telahpun bercambah setelah ditanam dalam masa 3 hari.
Saya menanam menggunakan ubi bawang, bukan dari biji benih. Bawang Siam ini dibeli di sebuah pasaraya di Cheras. Caranya seperti berikut;
1. Beli saja bawang dari kedai atau supermarket.. Paling baik, carilah bawang yang telah bertunas walaupun kecil tunasannya.
2. Potong di sebelas atas bawang tersebut (hiris sedikit saja untuk cepatkan percambahan).
3. Gunakan penggalak akar (root agent) jika ada dan celupkan bahagian akar.
4. Dengan menggunakan tanah kompos, benamkan bawang tadi dgn bahagian atas (tunas) hala ke atas.
5. Kemburkan tanah. Tanam seluruh bawang tadi. Hanya tunas saja yang keluar dari atas tanah.
6. Siram sedikit bagi membasahkan permukaan tanah. Jangan terlebih siram atau jangan biarkan air bertakong kerana ini menyebabkan bawang tadi akan rosak.
Selamat mencuba!
Sunday, August 26, 2012
CILI MERAH
Anak Cili Merah (12 hari) 6 Julai 2012
Assalamualaikum Semua,
Anak cili merah ini baru berusia 12 hari. Saya menggunakan pot kecil untuk menyemai. Tanah adalah 100% kompos dibeli di nursery di Cheras.
Benih cili jenis Kagawaki ini juga dibeli di nurseri. Murah saja, cuma RM3.00 sepeket.
Saya akan post lagi perkembangannya di akan datang.
Wassallam.
Assalamualaikum Semua,
Anak cili merah ini baru berusia 12 hari. Saya menggunakan pot kecil untuk menyemai. Tanah adalah 100% kompos dibeli di nursery di Cheras.
Benih cili jenis Kagawaki ini juga dibeli di nurseri. Murah saja, cuma RM3.00 sepeket.
Saya akan post lagi perkembangannya di akan datang.
Wassallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)